Posts

Showing posts from 2013

Al Fatihah

Al-Fatihah buat keluarga allahyarham Md Radzi bin Harun yang telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Sabtu jam 3.48 pagi dikediaman anak sulungnya di kg Sungai Haji Muhammad. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

AL-FATIHAH

Takziah saya ucapkan pada ahli keluarga arwah Pak Long yang berada di Tanjung Karang. Pemergian allahyarham cukup terasa kerana allahyarham merupakan seorang pesara guru yang begitu dedikasi. Semoga allahyarham ditempatkan dalam golongan yang beriman. Amin....

Tajuk Ujikaji : Penentuan Utara Sebenar dan Utara Magnetik.

Image
Tajuk Ujikaji : Penentuan Utara Sebenar dan Utara Magnetik. Objektif Ujikaji : 1.         Untuk mengetahui cara yang betul menentukan Utara Sebenar . 2.         Untuk mengetahui cara yang betul menentukan Utara Magnetik . Teori dan pengenalan ujikaji Secara amnya Secara geografinya Utara Sebenar merupakan arah sepanjang permukaan bumi ke arah Kutub Utara. Arah Utara Sebenar astronomi ditandakan di langit oleh kutub cakerawala utara. Ini adalah dalam lingkungan 1 darjah kedudukan Polaris, supaya bintang muncul untuk mengesan sebuah bulatan kecil di langit setiap hari. Kutub Utara sebenar dan Kutub Selatan dirujuk kepada titik-titik di mana paksi memotong bumi. Walau bagaimanapun, paksi putaran ini tidak tetap arah. Ia mengalami anjakan dengan tempoh 25.800 tahun. Paksi putaran bumi hari ini terarah kepada bintang Polaris. Dalam 3000 Sebelum Masihi, ia menunjuk kepada bintang Thuban.    Kaedah dan metod kajian Kaedah kajian yang saya jalankan ialah menjalanka

SINDROM DOWN

Image
PENGENALAN Kanak-kanak dilahirkan berbeza-beza dan unik dari segi keupayaan fizikal dan kognitif. Keunikan  dan perbezaan ini perlu dihargai dan dijaga dengan sebaiknya oleh ibu bapa dan guru. Kanak -kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa merupakan salah satu cirri perbezaan individu. Kanak-kanak berkeperluan khas ini merangkumi golongan kanak-kanak pintar cerdas, kerencatan akal, cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal, bermasalah pembelajaran atau kesihatan serta kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai. Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Menurut Nibedita (2003), kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai adalah mereka yang mempunyai dua atau lebih kecacatan seperti kecacatan mental disertai masalah penglihatan, masalah pendengaran serta keadaan yang melumpuhkan. Punca utama mengapa terjadinya kecacatan pelbagai tidak dapat dipast
Image
Perlawanan Persahabatan SKSHM vs SKSB & SKSTB
Image
KARNIVAL SAINS KELOMPOK 7, 2013 Lokasi : SK Khir Johari, Sungai Sumun. Masa : 2.30 petang Keputusan : Bercerita Sains (Amna Wahida) penyertaan Saintis Muda (Nurul Nabila dan Nuraishah) Ketiga