Posts

Showing posts from September, 2012

PENGURUSAN KOKURIKULUM

Image
PENGURUSAN KOKURIKULUM Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Diantara kegiatannya seperti permainan, pengakap, perkhemahan dan sebagainya. Kadangkala aktiviti kokurikulum juga dilaksanakan di dalam bilik darjah seperti syarahan, ceramah dan tunjukcara. Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan samada melalui badan beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan Gerak kerja kokurikulum diasaskan atas kepercayaan bahawa : 1. Semua murid mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan. 2. Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan sebaya. 3. Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (intelek) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. 4. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan masyarakat. 5. Masyarakat juga bertanggung