Posts

Showing posts from August, 2015

TOTAL BWF World Championship 2015

Image
Berakhir sudah kejohanan dunia yang di Istora senayan, Indonesia yang dijalankan pada 10-16 Ogos 2015. Kejohanan kali ini telah menemukan wakil dari Malaysia iaitu Lee Chong Wei menentang Cheng Long, pemain nombor 1 dunia di pentas akhir. Rata-rata peminat dari Malaysia hampa lagi pada tahun ini kerana Lee Chong Wei telah tewas 21-14, 21-17. Pada pendapat saya faktor usia mungkin jadi penyebab utama kegagalan Lee Chong Wei disamping tekanan yang gagal dikawal dengan baik menyebabkan beliau tewas mudah. Walaupun dikatakan sudah bersedia untuk beraksi di Final perseorangan, ditambah dengan kehadiran Morten frost (Pengarah Teknikal Negara) dan Hendrawan bekas juara dunia ketika bergelar pemain, namun masih belum mampu menundukkan pemain nombor 1 dari China Ini mungkin penampilan terakhir Chong Wei, 33, di Kejohanan Dunia kerana tidak mungkin beraksi pada edisi akan datang pada 2017 kerana ia tidak dipertandingkan pada tahun Sukan Olimpik dilangsungkan iaitu tahun depan. Walaupun Chong Wei