Posts

Showing posts from July, 2012

PENINDASAN UMAT ISLAM

Mukaddimah Manusia seolah-olah sudah lali dengan perkara-perkara yang sering mereka temui setiap hari. Apabila manusia pertama kali mendengar sesuatu berita tentang kekejaman yang berlaku, mereka menjadi begitu prihatin. Namun demikian, keprihatinan mereka itu hanya menjadi suatu perkara rutin tidak berapa lama `kemudian. Peperangan dan konflik yang berlaku di dalam dunia yang sedang kita diami ini adalah kes yang paling jelas dan nyata. Apabila sesebuah negara dijajah dan kemudian proses penyembelihan dan genosid (Pent: Tiada terjemahan tepat untuk perkataan genosid, maka istilah ini dikekalkan. Genosid ber­maksud pembunuhan seluruh bangsa atau kaum yang tertentu) bermula, kita akan dapat melihat banyak protes-protes anti-kekejaman yang diadakan di seluruh pelusuk dunia. Sebagai contoh, mari kita merenung semula detik-detik pertama tercetusnya konflik di Bosnia, ataupun Chechnya, ataupun Palestin... Imej seorang kanak-kanak Palestin yang berada di riba ayahnya yang tidak lama

KELEBIHAN BERPUASA

Image
Tidak lama lagi, kita akan berada dalam madrasah yang mendidik jiwa dan rohani kita iaitu RAMADHAN ALMUBARAK. Tidak dapat tidak, kita mesti mengharungi bulan yang sungguh mulia ini .Kewajiban puasa di bulan Ramadan disebutkan dalam Al Qur’an:  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ “Wahai orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa”  (Al -Baqarah:183) Terdapat 1001 hikmah yang terselindung disebalik tuntuan berpuasa di bulan ramadhan menurut perspektif sains. Antaranya, Satu uji kaji yang dijalankan terhadap manusia dan anjing di makmal biologi Universiti Chicago yang mana banyak dari hasil kajiannya dimuatkan di dalam Journal of Metabolic Research, telah menunjukkan bahawa berpuasa bagi jangka masa 30-40 hari akan menyebabkan kadar metabolisme bertambah sebanyak 5-6%. Puasa, Hukum dan Hikmah menurut Islam