PENGENALAN Kanak-kanak dilahirkan berbeza-beza dan unik dari segi keupayaan fizikal dan kognitif. Keunikan dan perbezaan ini perlu dihargai dan dijaga dengan sebaiknya oleh ibu bapa dan guru. Kanak -kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa merupakan salah satu cirri perbezaan individu. Kanak-kanak berkeperluan khas ini merangkumi golongan kanak-kanak pintar cerdas, kerencatan akal, cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal, bermasalah pembelajaran atau kesihatan serta kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai. Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Menurut Nibedita (2003), kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai adalah mereka yang mempunyai dua atau lebih kecacatan seperti kecacatan mental disertai masalah penglihatan, masalah pendengaran serta keadaan yang melumpuhkan. Punca utama mengapa terjadinya kecacatan pelbagai tidak dapat di...