Posts

KHUTBAH AIDUL AHDA 2012

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )  اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ Firman Allah dalam ayat 28 surah ar-Ra’adu : الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ‌ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ‌ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ Maksudnya : “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati m...

PENGURUSAN KOKURIKULUM

Image
PENGURUSAN KOKURIKULUM Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Diantara kegiatannya seperti permainan, pengakap, perkhemahan dan sebagainya. Kadangkala aktiviti kokurikulum juga dilaksanakan di dalam bilik darjah seperti syarahan, ceramah dan tunjukcara. Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan samada melalui badan beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan Gerak kerja kokurikulum diasaskan atas kepercayaan bahawa : 1. Semua murid mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan. 2. Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan sebaya. 3. Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (intelek) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. 4. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan masyarakat. 5. Masyarakat juga bertanggung...

SYIRIA KEKEJAMAN DISEBALIK PEPERANGAN

Image
Syeikh Hassan Al-Hindawi telah dihantar ke Malaysia oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi untuk memberi penjelasan mengenai isu berkenaan disebalik peperangan di Syria. Beliau dihantar ke sini untuk menjelaskan tentang Syria yang tidak dijelaskan secara betul oleh media-media massa. Media-media massa barat sebenarnya tidak mahu menusia dunia tahu perkara sebenar yang berlaku di Syria lalu mereka telah putar belitkan fakta. Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan rakan. Teman itu berkata bahawa dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong kerajaan Syria. TV di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai orang yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai-pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain ingin menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau. Punca berlaku peperangan ini ialah apabila ada sekumpulan kanak-kanak dalam ...

PENINDASAN UMAT ISLAM

Mukaddimah Manusia seolah-olah sudah lali dengan perkara-perkara yang sering mereka temui setiap hari. Apabila manusia pertama kali mendengar sesuatu berita tentang kekejaman yang berlaku, mereka menjadi begitu prihatin. Namun demikian, keprihatinan mereka itu hanya menjadi suatu perkara rutin tidak berapa lama `kemudian. Peperangan dan konflik yang berlaku di dalam dunia yang sedang kita diami ini adalah kes yang paling jelas dan nyata. Apabila sesebuah negara dijajah dan kemudian proses penyembelihan dan genosid (Pent: Tiada terjemahan tepat untuk perkataan genosid, maka istilah ini dikekalkan. Genosid ber­maksud pembunuhan seluruh bangsa atau kaum yang tertentu) bermula, kita akan dapat melihat banyak protes-protes anti-kekejaman yang diadakan di seluruh pelusuk dunia. Sebagai contoh, mari kita merenung semula detik-detik pertama tercetusnya konflik di Bosnia, ataupun Chechnya, ataupun Palestin... Imej seorang kanak-kanak Palestin yang berada di riba ayahnya yang tidak lama ...

KELEBIHAN BERPUASA

Image
Tidak lama lagi, kita akan berada dalam madrasah yang mendidik jiwa dan rohani kita iaitu RAMADHAN ALMUBARAK. Tidak dapat tidak, kita mesti mengharungi bulan yang sungguh mulia ini .Kewajiban puasa di bulan Ramadan disebutkan dalam Al Qur’an:  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ “Wahai orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa”  (Al -Baqarah:183) Terdapat 1001 hikmah yang terselindung disebalik tuntuan berpuasa di bulan ramadhan menurut perspektif sains. Antaranya, Satu uji kaji yang dijalankan terhadap manusia dan anjing di makmal biologi Universiti Chicago yang mana banyak dari hasil kajiannya dimuatkan di dalam Journal of Metabolic Research, telah menunjukkan bahawa berpuasa bagi jangka masa 30-40 hari akan menyebabkan kadar metabolisme bertambah sebanyak 5-6%. Puasa, Hukum dan Hikmah menu...