PENGURUSAN KOKURIKULUM




PENGURUSAN KOKURIKULUM

Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Diantara kegiatannya seperti permainan, pengakap, perkhemahan dan sebagainya. Kadangkala aktiviti kokurikulum juga dilaksanakan di dalam bilik darjah seperti syarahan, ceramah dan tunjukcara. Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan samada melalui badan beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan

Gerak kerja kokurikulum diasaskan atas kepercayaan bahawa :
1. Semua murid mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan.
2. Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan sebaya.
3. Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (intelek) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani.
4. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan masyarakat.
5. Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendidik murid.

Menyemai perasaan muhibbah perpaduan dan integrasi nasional di kalangan generasi muda.
- Keahlian terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, kaum, masyarakat dan negeri.
- Interaksi berlaku sama ada secara langsung atau tidak langsung.
- Sehubungan dengan itu matlamat di atas tercapai.
2. Peningkatan disiplin pelajar.
- Ianya berlaku secara langsung atau tidak langsung. Contoh secara langsung ialah hampir      
  semua pasukan berseragam mewajibkan kawat atau asas perbarisan dan mementingkan 
  pelaksanaan di kalangan ahli. Manakala secara tidak langsung ianya dilaksanakan melalui 
  pengawasan dan perlantikan ketua dan jawatankuasa yang menguatkuasakan peraturan 
  terhadap ahli persatuan mereka.
3. Pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal.
- Pembelajaran dan pengajaran tidak semata-mata di dalam bilik darjah. Ia berlaku sama ada
   formal, informal atau pun nonformal.

Konsep:
Mengurus:- mengendali, mengelola dan menjaga sesuatu perkara supaya teratur rapi dan sempurna, menyelanggara dan menyelesaikan sesuatu perkara. Jaafar Muhammad di dalam bukunya:
Pengurusan: Proses pengagihan input (sumber ekonomi dan kraftangan) organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pergerakan dan pengawalan untuk tujuan output (perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai)
Input-jurulatih
Output-murid
Pelanggan-murid

SEKOLAH
Input
Output
Barangan
Murid yang ikut aktiviti
Tenaga jurulatih
Peralatan
Kemudahan-kemudahan lain
Kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada pemimpin PERSATUAN & KELAB.
merancang
mengatur strategi
menyelia
melaksana, mengarah
memotivasi
perhubungan manusia-contact dengan orang lain
membuat penilaian-untuk mencari ahli yang terbaik
membuat maklumbalas-laporan aktiviti
Langkah-langkah untuk menjayakan PERSATUAN DAN KELAB di sekolah
melantik pegawai
surat perkeliling dan dasar
penyusunan struktur organisasi Persatuan dan Kelab
perancangan lima tahun (blue print)

Strategi Pelaksanaan PERSATUAN DAN KELAB di sekolah
1. Melibatkan semua murid secara aktif (individu dan kumpulan) daripada aktiviti khidmat sekolah dan pelbagai lagi.
2. Merancang gerak kerja kokurikulum dengan teliti dan menggunakan "management by objective".
3. Mencatat semua gerak kerja dan kemajuan yang dicapai dan dijalankan.
4. Memberi penghargaan kepada murid yang terlibat seperti hadiah, sijil, umumkan diperhimpunan , majlis penyampaian sijil dan sebagainya.
5. Tubuh jawatankuasa bimbingan pelajar sekolah.
6. Melibatkan PIBG, penduduk setempat, agensi-agensi luar, sebagai memberi sokongan, latihan dan kewangan.
7. Memperuntukkan kewangan kepada setiap persatuan berdasarkan aktiviti.
8. Berusaha mendapatkan peralatan (beli atau sumbangan)
9. Mewujudkan sistem rumah sukan.
10. Aktiviti yang boleh diikuti semua seperti perkhemahan, walkathon dan lain-lain.
11. Menghantar guru mengikuti latihan kursus dalam kokurikulum, mengikut bidang dan jenis.
12. Mengadakan pertandingan antara darjah, persatuan dan sebagainya. Pengelolaan Pelaksanaan PERSATUAN DAN KELAB Di Sekolah
1. Peranan Jawatankuasa persatuan dan kelab di Sekolah
2. Fahami jenis panduan persatuan dan kelab - selaras semua sekolah dan dasar pendidikan negara.
3. Mesyuarat pengagihan tugas dan penyelaras aktiviti.
4. Pengurusan peralatan kokurikulum dengan baik - simpan dan tadbir.
5. Sediakan jadual waktu.
6. Lebih berkesan jika mengikut kelompok.
7. Isnin - Biru dan Merah
8. Selasa - Kuning dan Hijau .
9. Kedatangan murid dan pelajar direkodkan.
10. Laporan bertulis.
11. Sistem penilaian dan pengiktirafan.
PELAPORAN AKTIVITI DAN KEDATANGAN
Buku Catatan
Borang Khusus
Maklumat yang perlu dicatat :

- Nama Persatuan
- Tarikh/masa perjumpaan
- Jumlah kedatangan pelajar
- Nama guru penasihat yang hadir
- Nama aktiviti yang telah dilaksanakan
- Maklumat-maklumat umum

PERANCANGAN DAN PENGENDALIAN AKTIVITI
Perancangan
1. merancang
2. merangka
3. menyusun
4. menyelaras
Pengendalian
1. mentadbir
2. mengurus
3. mengawal
4. aktiviti yang dirancang
Jawatankuasa perlaksanaan perlu membuat perancangan aktiviti.
Sesuatu aktiviti yang dirancang perlu ada:
- matlamat
- pengagihan tugas
- tindakan yang perlu diambil
- membuat penilaian selepas aktiviti
Jawatankuasa juga perlu membuat kertas kerja

Perkara-perkara yang perlu ada dalam kertas kerja:
1. Pendahuluan
2. Objektif
3. Tema
4. Tempat
5. Tarikh dan tempoh
6. Penyertaan
7. Bayaran
8. Jawatankuasa kerja
9. Jawatankuasa kecil
10. Perbelanjaan
11. Pendapatan/sumber kewangan
12. Penutup
13. Lampiran(surat yang berkaitan, cadangan aktiviti, surat kebenaran)
Penilaian Program
- untuk mendapat maklumbalas dan pandangan
- sebagai panduan meningkatkan aktiviti masa hadapan
Laporan
- dibuat oleh setiausaha
- laporan menyeluruh dari segala aspek.

Comments

Popular posts from this blog

SYIRIA KEKEJAMAN DISEBALIK PEPERANGAN