KELEBIHAN BERPUASA
Tidak lama lagi, kita akan berada dalam madrasah yang mendidik jiwa dan rohani kita iaitu RAMADHAN ALMUBARAK. Tidak dapat tidak, kita mesti mengharungi bulan yang sungguh mulia ini .Kewajiban puasa di bulan Ramadan disebutkan dalam Al Qur’an: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ “Wahai orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa” (Al -Baqarah:183) Terdapat 1001 hikmah yang terselindung disebalik tuntuan berpuasa di bulan ramadhan menurut perspektif sains. Antaranya, Satu uji kaji yang dijalankan terhadap manusia dan anjing di makmal biologi Universiti Chicago yang mana banyak dari hasil kajiannya dimuatkan di dalam Journal of Metabolic Research, telah menunjukkan bahawa berpuasa bagi jangka masa 30-40 hari akan menyebabkan kadar metabolisme bertambah sebanyak 5-6%. Puasa, Hukum dan Hikmah menu...