Posts

Showing posts from February, 2012

Gabungan sains, iman bentuk insan bertakwa

Gesaan menuntut ilmu jelas terkandung dalam al-Quran, patut dijadikan panduan   ISLAM adalah satu-satunya agama yang sangat menumpukan kepada ilmu pengetahuan. Ini boleh dibuktikan melalui penurunan wahyu Allah SWT yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW iaitu Surah Al-Alaq yang mencerminkan bahawa Islam ingin mewarnakan gaya hidup umatnya dengan budaya keilmuan. Pemerolehan dan pembelajaran terhadap ilmu itu termasuklah dalam lapangan sains dan teknologi. Walaupun begitu, baru-baru ini kita dikejutkan dengan laporan yang memberitahu kemerosotan ketara minat pelajar terhadap bidang sains. Fenomena itu adalah sesuatu yang seharusnya diselidiki secara mendalam dan tindakan susulan harus dilakukan untuk meningkatkan minat terhadap bidang sains. Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar. - Surah Fussilat, Ayat ke 53...