Posts

Showing posts from 2011

Ciptaan Allah dan Rekaan Sains

Adakah manusia sedar, ciptaan tuhan itu begitu unik dan manusia yg diberi akal telah mereka cipta kejadian dan pembentukan rekaan sains dan teknologi berdasarkan ilmu ciptaan tuhan. Matahari, memberi tenaga bagi penghidupan alam.   Manusia, mereka bahan bakar utk mendapat tenaga utk manusia hidup. Otak, menyimpan segala maklumat dan data harian manusia. Komputer, menyimpan segala data dan maklumat harian. Jantung dengan saluran injap utk menghidupkan manusia. Enjin kereta berfungsi menghidupkan kereta. Burung terbang menggunakan sayapnya. Kapalterbang dicipta menggunakan sayap utk terbang. Dan banyak lagi yg adakalanya saya terfikir apabila melihat kejadian sekeliling. Yang sebenarnya manusia perlu mengkaji kejadian alam untuk membuat rekaan ciptaan sains dan teknologi, dari kejadian ciptaan tuhan dimuka bumi ini.

Sains dan Teknologi: Suatu kelebihan atau kemudaratan?

Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat hanyalah dihujung jari. Sains dan teknologi membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan. Kemajuannya tidak boleh dinafikan. Namun, dalam pada itu, ada juga yang menafikan tentang kesan sains dan teknologi. Pelbagai kesimpulan yang dibuat oleh individu berdasarkan pengamatan tentang kesan sains dan teknologi sama ada membawa kepada kemajuan mahupun kemusnahan alam sejagat. Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi mempunyai peri pentingnya dalam pembangunan masyarakat sejagat. Namun ia juga tidak dapat disangkal mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara termasuk alam sekitar mahupun sosial. Semua ini tidak dapat dielakkan kerana kadang- kadang manusia sibuk mengejar kemajuan dan kecanggihan sehinggakan alpa dengan kesan buruk yang bakal menimpa. Segala penemuan dan ciptaan sains dan teknologi yang lahir dari akal manusia kadang tersasar dengan tujuan sebenar kerana tidak mengikut lunas-lunas yang telah digariskan oleh Islam....

Islam & Sains

Penemuan daripada hasil kajian sains dan perkembangan teknologi telah banyak membantu manusia melakukan pelbagai aktiviti serta membolehkan kita berkomunikasi kerana jarak atau destinasi yang jauh tidak lagi menjadi penghalang untuk kita menjalankan sebarang aktiviti pekerjaan. Malah melalui penemuan daripada hasil kajian sains dan teknologi, manusia dapat menemui pelbagai jenis penawar kepada penyakit. Terdapat banyak ayat dalam Al-Quran menyeru supaya manusia mengkaji dan meneliti fenomena alam untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar dapat membina suatu tamadun yang sempurna. Berdasarkan ayat di bawah jelas bahawa alam yang dicipta Allah s.w.t. tertaluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada di langit dan di bumi adalah hak Allah s.w.t. untuk kemudahan dan kegunaan manusia. Islam tidak terbatas kepada hubungan manusia dengan Tuhan, bahkan merangkumi semua aspek kehidupan. Allah berfirman yang bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kem...

MOTIVASI

Image
KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya. Hehehe.. Jadi bacalah  koleksi kata-kata hikmah ‘Motivasi’  di bawah. Semoga semangat anda pulih seperti sediakala. Semoga semangat juang anda kembali segar. Semoga anda mendapat hikmah dan kebaikan daripadanya.  Agar jiwa anda kembali kental. Agar jiwa anda kembali bersemarak. Seolah seseorang yang baru sahaja menghabiskan segelas air sejuk selepas dahaga yang amat sangat. 1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri. 2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada. 3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun...